Friday 15 February 2013

Melayu Mudah Lupa

Pada 14 Februari 2013 bersempena Valentine’s Day, aku telah menghabiskan masa seawal 5 pagi untuk menghadiri kursus perlindungan dan akta kanak-kanak kat HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Bertolak dr Gua Musang kul 5 pagi, sampai kat HUSM dekat pukul 8 pagi. Jauh tu! Lagi setengah jam dah boleh sampai kl dah kalau drive bertentangan arah dari kul 5 pagi tu.

Yang menghantar aku pada hari itu adalah Encik Nik, driver HOGUM yang dah agak berusia juga la. Umur dia lebih tua dari ayah aku, tapi muka Nampak awet muda. Aku sebaya anak nombor dua dia, katanya. Banyak la yang kitorang sembangkan sepanjang perjalanan tu. Dari sejarah Kelantan, tentang tempat-tempat menarik kat Kelantan, tentang pengalaman dia hidup di zaman komunis yang menakutkan, dan banyak lagi. Perbualan kitorang terhenti sekejap masa dah sampai kat HUSM tu. Bila kursus dah habis dalam kul 5 ptg, dia pun datang balik jemput aku kat HUSM. Rupanya sepanjang hari tu dia tunggu aku kat HRPZ, lepak2 kat situ katanya. Yelah, tak make sense lak dia nak drive balik ke gua musang pastu patah balik nak jemput aku. Kesian pakcik tu..
On the way balik tu, dalam sembang2 tu, dia meluahkan rasa kecewa dia terhadap anak bangsa Melayu zaman sekarang yang tak tahu bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kat bumi Malaysia ni. Dia kata orang Melayu patutnya bersyukur dapat kerajaan yang prihatin dengan orang Melayu. Dia ada sanak saudara yang kawin dengan orang Indonesia, dan dia lihat sendiri betapa susahnya orang2 macam tu hidup kat kampung halaman sendiri berbanding Malaysia. Dia kata orang2 Indonesia, Burma, dan bangsa2 asing lainnya sanggup bergadai nyawa dan harta semata2 nak datang Malaysia sebab tahu kat sini dapat hidup makmur. Walau macamana susah pun diorang hidup kat sini mungkin disebabkan masalah immigrasi, documentation dan sebagainya, itu lebih baik daripada hidup susah kat Negara diorang sendiri. Dia ada kawan orang Burma, dan dia pernah bertanya dengan kawannya itu, kenapa tak nak balik Burma sana? Nak tahu apa orang Burma tu cakap? “saya lebih baik mati kat Malaysia daripada hidup kat Burma sana”. I was so surprised!

Regarding orang Indonesia tu aku faham. Aku pernah hidup kat sana selama lebih 6 tahun dan aku lihat sendiri macamane orang Indonesia kebanyakannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan takde simpanan. Kalau aku bayar pakcik tarik beca Rp5,000 (lebih kurang rm1.70) dari jalan besar nak balik ke rumah sewa aku, pakcik tu akan mengucapkan terima kasih dengan genangan air mata dan senyuman gembira tak terkata- bayangkan la betapa bernilainya rm1.70 bagi dia (biasanya orang local akan bayar Rp3,000 je, lebih kurang rm1). Sebab tu tak heran la, walau macamane pun kabar angin menyatakan kat Malaysia nanti pekerja Indonesia kena dera (sebenarnya tak sepenuhnya betul ye), masih ramai orang Indonesia yang nak datang ke Malaysia untuk bekerja.  Belum lagi cakap pasal servis kesihatan. Kat sana tak ada yang namanya percuma. Sume mesti bayar. Kalau diorang kerja bagus sikit, dapat la Askes ke asuransi apa ke. Itupun ada limitationnya. Ada la pulak yang namanya Askin (asuransi miskin) yang kabarnya dari kawan2 doktor kat Indonesia tak membantu sangat pun.

Cuba bandingkan dengan Negara kita, Malaysia. Bak kata Encik Nik - seorang lelaki warganegara Malaysia berbangsa Melayu yang dah hidup melalui zaman komunis, dah tahu betapa jerih payahnya kerajaan cuba membina sebuah Negara yang lebih makmur untuk kita semua- kite rakyat Malaysia ni dijaga oleh kerajaan kita sejak kita dalam perut mak kita lagi. Setiap berapa bulan sekali, mak kita yang mengandungkan kita akan pergi klinik kesihatan untuk periksa kesihatan kita kat dalam perut dia. Kalau mak kita kurang darah, kerajaan beri lagi ubat tambah darah percuma. Ultrasound scan, amik darah sume tak kena bayar. Mak kita bayar RM1 je. Belum lagi bila kita dah keluar dari perut mak kita. Ada pulak nurse2 yang akan datang ke rumah mak kita nak cek jaundice kite. Hampir setiap hari nurse2 ni akan keliling kampong cek darah baby2 yang baru dilahirkan untuk pastikan tak kuning. Kalau kuning, kena hantar hospital kasi phototherapy. Sume tu ada mak kita bayar? Memang la ada, tapi tak seberapa dengan subsidi yang kerajaan dah beri untuk pastikan kesihatan kita anak2 malaysia terjamin, dengan harapan dapat membesar dengan sihat dan tak cacat otak sebab jaundice. Anak2 yang kurang zat lak macam anak2 orang asli, siap kerajaan beri susu percuma untuk pastikan diorang cukup zat. Ada pulak refeeding center (macam kat hospital gua musang ni), untuk pastikan anak2 malaysia yang tak cukup zat dikasi makan dengan cukup dan gain normal weight, dibagi susu percuma. Ada ke mak kita bayar untuk sume tu? Confirm la takde.

Bila kita masuk sekolah, kerajaan bagi buku teks percuma. Yuran sekolah tak payah bayar. Orang2 susah siap dibagi masuk program makanan tambahan lagi supaya tak kelaparan kat sekolah dan cukup zat. Ada pulak biasiswa untuk pelajar2 cemerlang dan Berjaya. Masuk university pun sama, kalau kurang pandai, kerajaan siapkan loan untuk bagi can orang yang kurang pandai ni masuk university dan belajar. Kalau kita pandai sikit, dapat la scholarship pegi mana2 untuk belajar dan keluar kerja yang bagus2. Dalam scholarship tu, ada lak peruntukan untuk dapat computer la, untuk insuran kesihatan la, dan lain2 elaun. Siapa2 yang pernah study dengan scholarship pasti faham la apa yang aku cakapkan ni.

Pastu bila kita dah Berjaya, kita lupa daratan lak. Kita hentam kerajaan habis2 an padahal dari kita dalam perut mak kita lagi, punya la kerajaan jaga kita bagai menatang minyak yang penuh (bukan mak kita je yang menjaga kita macam menatang minyak penuh ye). Bila kita dah dewasa, independent dan Berjaya, kita jadi lupa dan condemn kerajaan habis2an. And mostly yang lupa ni orang Melayu. Memang betul kata Dr Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA. Begitu la panjang lebarnya pakcik ni bercerita dengan aku sepanjang 3 jam perjalanan dari kubang kerian ke gua musang itu.

Bila aku dengar kata2 pakcik yang jauh lebih tua dari ayah aku ni, aku jadi hiba. Betul kata pakcik tu. Walaupun aku tak pernah menentang kerajaan (in fact I’m a government doctor), aku tak pernah terfikir sejauh itu. Tak pernah terfikir bahwa dari aku dalam perut mak aku, kerajaan dah jaga aku sebaik mungkin sehingga la aku dewasa dan jadi doctor- ini semua kerana aku orang Malaysia. Aku jadi doctor pun sebab aku orang melayu. Kalau aku ni bukan melayu, confirmlah aku tak dapat biasiswa MARA untuk study medic kat Indonesia dulu- kenapa? Sebab family aku bukan orang kaya. Rata2 orang melayu pun bukan orang kaya. Boleh kira dengan jari la orang2 melayu yang study medic nak jadi doctor dengan biaya sendiri. More than 90% malays who study professional course like engineering, medicine, laws mesti dapat biasiswa kerajaan atau mana2 badan kerajaan untuk study. Orang cina and India je yang banyak duit study medic or other professional course pakai duit mak bapak through agents etc.

Semua kemudahan yang ada ni sebenarnya kerajaan sediakan untuk pastikan orang Melayu jadi orang yang berguna. Bukan setakat dok kat rumah buat kerja kampong atau lepak2 tak tentu arah, or worse, end up kat pusat serenti atau pusat pemulihan. Tapi tu la, kebanyakan melayu memang tak tahu bersyukur.

Pernah tak korang terfikir kenapa Dr Tun Mahathir lama menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia? Its because of his idea and effort yang nak memajukan orang Melayu la yang menyebabkan orang melayu zaman itu bersatu menyokong dia. Because of his idea and effort, atuk nenek kita, mak bapak kita yang mungkin dah hidup agak lama yang Nampak macamane susahnya orang melayu zaman dulu, bersatu menyokong Tun M dan partinya supaya kite orang melayu tak hidup macam zaman dulu2- bak kata Encik Nik, hidup zaman dulu2, susah!

Kite anak zaman sekarang tahu senang je. Kita buka mata je, tengok air paip dah mengalir dari water tap. Punya le senang hidup kite kan? Yang kita Nampak Cuma salah kerajaan je. Kita tak pernah hargai semua usaha kerajaan. Kadang2 aku terfikir, apa la nasib kita ni kalau Negara kita ni macam Indonesia or India?? Mesti haru-biru. Patutnya kita bersyukur sebab jadi orang Malaysia, dan lebih bersyukur lagi sebab kita adalah orang melayu di MALAYsia. Bukan tahu hentam dan condemn kerajaan saja. Jangan la kite menjadi orang MELAYU MUDAH LUPA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... FREE URL Submission - Submit your site to dozens of top search engines for FREE. No strings attached!