Sunday 17 June 2012

a long one day weekend

hari ni merupakan hari yang bahagia buat aku. eh.. jap, hari ni ke? sekarang dah pukul 1 pagi on the 18th june so hari yang membahagiakan tu sebenarnya adalah semalam la, 17th june. kenapa membahagiakan?

sebab.... malam sebelumnya aku tido lambat sbb tengok tv... pastu lepas subuh aku dapat tido balik sampai kul 10am. dah kenyang sarapan, aku baca komik Doraemon tentang Dunia Robot sampai la aku tertido lagi. bangun tido kul 3pm, aku mandi hot shower, solat zuhur jap. gedebak gedebuk sidai kain, minum petang, tgk tv, sambung baca komik Doraemon sampai habis, pastu mandi lagi.... lepas solat maghrib lak, aku dgn adik and my stepmom pegi jalan2 kat OUG mall. kat parkson grand, aku beli kasut sepasang dengan voucher parkson yang aku redeem dr bonus link (best juga ada bonus link ni ek?)

namun begitu... (eh eh, macam karangan bahasa melayu pulak) aku dikejutkan dgn kabar dari pakcik ali dan cik lela (couple yang jaga adik aku Danial kat kuala selangor) bahawasanya (eh.. eh.. macam hadis la pulak) adik aku demam panas yang amat sangat, severe headache, hilang selera makan, and ada aura nak seizure lagi. aku minta tolong diorang bawa gi klinik sebab masa tu aku masih kat KL lagi. dari klinik tersebut, doktornya cakap kena refer adik aku gi hospital klang (tempat aku kerja). sebabnya aku tak sure, tapi kalau aku jadi dia, aku akan amik darah adik aku dulu tgk dia demam sebab apa? viral ke, bacterial ke? ke ada penyebab lain? anyway, dipendekkan cerita, adik aku pun sampai la kat hospital klang ni. aku memang dah siap siaga tunggu kat kecemasan tu. lepas cek darah, turns out dia ada bacterial infection. ok lah, yg penting bukan denggi.. kalau denggi ni, aku risau sikit. kawan aku kat ED ada offer, kalau la aku risau adik aku seizure, boleh je admit. tapi bila aku fikir2, setakat admit sebab risau seizure macam tak make sense lak. dah la ward tu penuh. lain lah kalau mmg dia ada seizure mmg la perlu masuk ward. so i said, never mind.. tak payah admit. kalau memang ada seizure, i'll bring him back to the hospital.

so malam ni ada la danial kat rumah aku ni. ada la juga kawan aku malam ni. kesian juga, dia muntah 2 kali tadi. nak makan pun takde selera. tapi dia dapat MC sampai hari selasa ni. jadi lah.. at least for 2 days ni, biarla dia rehat kat rumah aku. boleh aku monitor dia makan ubat ke tak. walaupun dia selalu kata dah makan ubat, aku rasa dia kelentong aku. kalau betul dia makan ubat, takkan la masih ada seizure minggu lepas? aku rasa dia memang nak attention. selama cuti sekolah haritu dia tinggal dengan aku, takde lak dia kena seizure (hari2 aku make sure dia makan ubat depan mata aku) tapi kat kuala selangor, kerap juga kena seizure. aku takleh salah kan cik lela or pakcik ali kalau danial tak makan ubat. dia dah besar, patutnya kena la bertanggungjawab atas kesihatan diri sendiri. tapi tu la... budak tu ada epilepsy dan Asperger syndrome juga. so memang perangai dia macam budah sekolah rendah walaupun dah tingkatan 4. tadi makan ubat pun, nak aku suapkan. manja nak mamposs.... takpe.. disebabkan dia sakit, boleh la aku manjakan dia sikit. huhuhu...

aih la nasib badan... kesian adik aku ni... aku cuma harap satu hari nanti kalau dia dapat jaga diri dia sendiri pun dah cukup baik. because i won't be around forever. sekarang pun aku dah start fikir macamane nak bentuk masa depan dia ni... bukannya kehendak dia ada macam2 penyakit. tapi tu la.... setiap insan yg lahir kat mukabumi ni pasti Allah dah tentukan rezeki masing2. kadang2 aku selalu fikir, does it mean we don't need to make effort then since everything has already been decided by Him? tapi Dia kan takkan mensia2kan usaha hambaNya.... kalau ada usaha, pasti Allah beri ganjaran (nak menyedapkan hati sendiri)..

17 june memang merupakan hari yang panjang bagi aku. hari ni aku keje malam, tapi kul 4pm dah kena masuk keje. aku harap masa aku keje, Danial baik2 je la kat rumah.... oklah.. aku nak tido. pagi ni ada beberapa benda aku nak buat. nak settlekan pegi bank, make few phone calls and settlekan pasal rumah aku ni. macam2 hal la..

good night world... sleep tight (^_^)v

Wednesday 13 June 2012

mari belajar :)

since lately kena belajar hari2 sebab ada revolution besar yang terjadi kat ward 3A sekarang. walaupun kadang hati sebal, menyampah dan sebagainya tapi hari2 pun aku memujuk hati sebab ini adalah untuk kebaikan diri sendiri dan masa depan. ecewah! oklah hari2 aku dok pikir macam mana la nak bagi ada semangat sikit belajar ye?

ada idea tak?
hari ni aku nak study ttg pancreas la. td konon2 nak ncerita pasal pankreas kt blog ni. tapi tak larat la.... i think i read faster than i write, eh silap -- typed.

well... gotta go now. nak mop lantai rumah, then nak mandi, pastu nak baca buku sambil menidurkan diri--- seperti selalu.... hehehe

Tuesday 12 June 2012

Nurul Annisa: SPECIAL PROMOTION PAKEJ PARIS DAN LONDON DAH BERMU...

Nurul Annisa: SPECIAL PROMOTION PAKEJ PARIS DAN LONDON DAH BERMU...: bagi yang dok bertanya saya, camne PREMIUM BEAUTIFUL dapat menyihatkan badan dan melangsingkan badan juga? haa ini jawapannya. even befor...

SPECIAL PROMOTION PAKEJ PARIS DAN LONDON DAH BERMULA!!!



bagi yang dok bertanya saya, camne PREMIUM BEAUTIFUL dapat menyihatkan badan dan melangsingkan badan juga? haa ini jawapannya. even before i bought this product and joined the business, i have studied about far infrared radiation ni. yelah, sebagai doktor kena la berfikir kritis dan kreatif kan? so let me share with u ok :)





hebatkan PREMIUM BEAUTIFUL ni? bulan jun ni adalah bulan birthday saya, so saya tgh rasa happy sekarang dan i have my own promotion for this month only! apalagi skrg tgh pakej PARIS AND LONDON rugi kalau u all tak rebut peluang ni tau. kalau nak tahu lebih lanjut, can call me at 0162384175 or contact me at 0162384175. okie dokie!! daaaa....

been busy

halloooo......... oh it's been so long since last time i updated my blog. yeah, i have been really busy. busy changing posting, tagging period and all, and not to forget tagging assessment with my mentor. oh, past few months have been quite hectic. but well, that's life... tak busy kang bosan lak.

apa je yang aku nak update pasal these past few months yek??? ok lah let's start from where i last updated my blog:

1 may 2012- it was a labour day, yeah really labour coz i had to work really like a labour on that day (patutnya aku tak payah datang keje ye...) that was my first day in surgical posting. pagi2 datang kul 7am, ada la pulak patient collapse. i didn't know the patient, but he had some head injury who has been admitted in the ward for quite some time, and finally few days before I came to the department, he has been discharged surgically tapi tak balik2 for a reason i'm not sure of. but on that particular day, Allah has decided that he should collapsed and after 40 minutes of CPR, he passed away. Not a good start in surgical. hmmmm... specialist in charge of the ward was Mr Annal. one thing i like about him is he talks like a father. walaupun kadang2 dia membebel, but dia sangat mengajar dan respect houseman. not the type yang nak marah2 kite depan patient or patient's relatives. kalau dia nak marah, dia akan make sure all patients' relatives keluar dari ward baru la dia marah (marah2 sayang gitu Lol)

2 may - 5 may 2012: ok, i tagged for 5 days only since i'm already a senior poster (oh! unbelievable). like i said, the incident on the 1 may was not a good start. it was indeed not a good start. in less than 2 weeks, we lost 3 patients. hmmm... dunno what went wrong. but we had one patient who amazingly still survived (back then) although 3x CPR was done. he has been transferred to ICU and till today dah tak dengar cerita lagi apa jadi kat dia (faham2 jela)

7 may - awal june: life became a bit lighter. kejonahan berkurangan. busy2 sikit tu adat la. CPR2 once or twice in a week tu biasa la. kan keje kat trauma ward, but alhamdulillah there was nothing i couldn't handle (cewahhh!!)

4 june till date: now i'm working in the female ward which includes trauma cases and non-trauma cases. life here is okay la. but everyday semua orang dilanda kegelisahan fikir siapa la MO yang akan datang buat round. hehehe... tapi setiap kali Dr Elly yang datang, semua orang akan mula kelihatan ceria kembali. i like mr jaya buat round. fast, comprehensive dan berisi. dan dia bukan la jenis specialist yang nak marah tak bertempat or menjerit2 tak tentu pasal. walaupun dia cepat, tapi dia sangat mengajar. kalau semua posting ada specialist yang round camni kan best.

in terms of my professional life, so far i'm learning to like what i do. well i have to. all my life this is what i have been doing. i studied to become a doctor, so once i became a doctor then that's it. of course i have the options to quit but it would come to a waste after all the sacrifices i've made for this. bila fikir2 balik, aku bersyukur tak undur diri dari profession ni masa first posting dulu. masa tu i almost nak apply tukar hospital but my mentor at the time Dr Hamiza cakap camni je "Awak ingat kalau tukar hospital dapat selesaikan masalah? awak nak adjust dgn tempat baru lagi, dgn system baru lagi, nak kena cari kawan baru lagi" betul juga cakap dia. nak adjust dgn semua2 benda tu pun dah amik masa berbulan2, belum lagi nak belajarnya. so i stayed. and alhamdulillah i got through it. kadang2 aku pelik dengan houseman (especially yang baru2 ni) ada je complaint yang diorang buat. well just think like this, masa kite jadi medical student lagi we are already aware of the kind of life we'll be living as a doctor. so be prepared for it. hidup ni macam balang kaca. kalau balang kaca tu kita isi dengan batu2 kecik baru nak isi batu2 besar, confirm la tak boleh muat batu2 besar tu. but kalau kita masukkan dulu batu2 besar, then baru masukkan batu2 kecik, sah2 la batu2 besar tu muat masuk dalam balang kaca tu kan?

sama la hidup ni. kena isi dengan benda2 yang penting dulu baru la isi dengan benda kurang penting. yang penting tu macam semayang, puasa, kerja, family and friends. so dalam tak sedar, sebenarnya masa kite isi hidup kite dengan benda2 penting ni, secara tak langsung ada juga benda kurang penting yang kite masukkan juga. contoh je, kite nak spend time dgn family tgk wayang. tgk wayang tu tak la penting but kite kan spend time dgn family masa tu, so secara tak langsung kite dapat la tgk wayang sekali. betul tak?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sabtu baru2 ni kawan aku kawin. geng sekolah menengah zaman dulu la. akhirnya ada juga geng kitorang yg kawin. bak kata mama Maria, kena ada salah sorang dari kitorang ni yang kawin to break the jinx! hahahah hopefully one by one everyone of us kawin la. Lol


This is my best friend since childhood- Maria
If we were married based on how long we have been friends, we would have 5- 6 children already and might be grandparents as well
Lol



bersama pengantin- faeza. belakang faeza tu maria, tgh2 tu livi and yg paling hujung tu aku la- comel kan? muahahahaha!! yg lelaki tu husband faeza. kenduri diadakan di restoran sri melayu, kl. memang klasik la cara sambutannya. good food, good companion :) we all have known each other since small- dr sekolah rendah la. tak sangka semua dah dewasa skrg. ohh, aku dah besar rupanya! huhuhu....

hari ni kt keje nasib tak baik. pagi2 kat hospital tersiram air kat seluar. habis lencun seluar aku. nasib baik masuk OT pakai baju khas. itu pun habis OT seluar tak kering2 lagi.walaupun terdapat beberapa kejadian yg menyakitkan hati berlaku kt tempat keje harini, tapi takpe... sabar nisa.... sabar tu separuh daripada imaaannnn.... huuufff!!!

ntah la, dalam bulan ni mood aku agak ok skit. mmg ada la kejadian yg eden tak berapa nak gemar, tapi itu bukan lah penghalang eden nak berceria. ecewah!

baru2 ni ada lak personal touch dengan my great leader Dewi tentang pakej bisnes yang terbaru untuk PREMIUM BEAUTIFUL. not only first salary of RM4000 still on, but skrg ni tgh pakej London and Paris. FREE VIP TRIP tu! dah dua trip sebelum ni aku terlepas sbb dok sibuk kat hospital. kalau boleh kali ni nak la ikoottt jugaakkk!!! huhuhu.... takpe, usaha tangga kejayaan. yang penting USAHA, USAHA, USAHA!! OKE??

oklah adioss mamasitta!! good night. nantikan coretan ku yang akan datang!!

(^.^)v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... FREE URL Submission - Submit your site to dozens of top search engines for FREE. No strings attached!