Monday 19 December 2011

Updates

 
Assalammualikum semua!
Wah... dah lama tak update blog kan ? ha... kali ni aku nak cerita ttg seminar SM/SSM Hai-O Marketing yg aku attend pada 10/12/2011 kat Eastin Hotel baru2 ni.  Mesti korang tanya, apa benda SM/SSM tu? SM tu adalah Sales Manager (macam pangkat aku ni, dgn share 21%) dan SSM tu adalah Senior Sales Manager dgn share 26%. Tak payah pening2 pikir la... sebenarnya tujuan aku ni nak berkongsi pengalaman yg seronok sbb dapat ikut seminar ni. Seminar ni bertujuan utk memberi motivasi dan mendidik kita utk berjaya dalam perniagaan. Orang2 yg beri ceramah kat seminar ni pun adalah CDM-CDM yang berjaya macam CDM Hanis, CDM Raz, CDM Salha dan CDM Mai yang bukan saja berjaya menghasilkan income 6 FIGURE  A MONTH dan ada antara diorang ni dah berjaya bergelar jutawan, tapi juga berjaya melahirkan jutawan. Memang takde la orang lain macam diorang ni, yg bukan saja berjaya untuk diri sendiri, tapi juga berjaya memajukan orang lain. Dan yg buat aku lebih bangga lagi, dalam group B32 ni, semuanya adalah orang2 Melayu yang berjaya! Ada jg sikit2 orang bangsa lain yg join this group tp more than 95% aku tgk semuanya Melayu. Memang jadi semangat la nak jadi berjaya juga. Walaupun kitorang Cuma concentrate kat Premium Beautiful dan Lactolite aje, tapi these 2 things ni la killer product dalam bisnes ni. Tak sangka kan?
Anyway, hari aku dimulakan seawal pagi jam 6.30am (pagi la sangat kan?).  Sebenarnya terbangun lambat sbb target sampai Eastin Hotel kul 7am just in time for registration (kul 8am tutup registration) tapi aku baru gerak dari rumah kul 7am lebih. Dan yg lebih teruk, tayar kereta aku belah kanan belakang tu pancit lak pagi tu! Hampeh! Setelah beberapa minit episod panic (siap telefon sana sini nak berkongsi panik) aku berjaya juga menenangkan diri dan start enjin kereta menuju ke stesen minyak terdekat. Bila aku tgk betul2 tayar kereta aku , baru aku perasan penutup lubang angin tayar aku dah hilang. Ntah ke mana perginya. Lepas pam angin, aku tgk elok pulak tayar tu. Maka aku pun bertolak ke Eastin Hotel dan dgn kelajuan 140km/jam, aku berjaya sampai sana dalam masa 5 minit je. Hebat kan aku? (yelah jalan tak jam). Teringat lak aku, pernah ada sorang kawan laki aku kata once upon a time, aku ni sesuai jadi racer. Hehehehe....
Seminar tu start lambat pun, dalam kul 8.30am baru start. Tapi berlangsung smoothly dan finish pun on time. Memang teruja la dgr seminar ni, dgr tip2 dari orang2 berjaya. Diorang ajar macamne nak berbisnes, macamane nak buat duit banyak dan macam2 lagi. Tapi satu benda yg memang meninggalkan kesan kat hati aku adalah, niat kita join bisnes ni kena betul. KITA BUAT BISNES NI SEBAB NAK TOLONG DIRI KITA, TOLONG KELUARGA KITA, NAK TOLONG KAWAN2 KITA UNTUK SAMA-SAMA JADI BERJAYA, JADI NIAT PON KENA BETUL. Haa.... mana ada businessman and businesswoman kat tempat lain cakap macam tu kat anak buah? Semua nya cakap pasal untung je. Tapi kat group B32 ni lain, WE ARE LIKE FAMILY.  Dan aku belajar, TEAMWORK tu penting.  Takde istilah aku buat kerja aku, ko buat kerja ko dalam team ni. Leader2 yg dah berjaya jadi jutawan pun masih sanggup turun padang nak ajar anak2 buah diorang jadi berjaya macam diorang jugak. Terharu dan sungguh bangga aku! Dan group B32 ni is the THE BEST STOCKIST IN MALAYSIA! Memang aku beruntung la ikut Dewi join group ni J
Selain ceramahnya, makanannya pon sedap2 belaka. Penuh la perut ni melantak. Sarapan, lunch and tea-time semua disediakan! Tapi sebenarnya aku frust sikit sbb ada satu jenis cookies tu yg nampak sangat sedap tapi aku tak sempat nak makan. Sebab LICIN orang2 lain dah bedal! Huhuhu... kempunan.. mesti sedap. Sebab tu la habis cepat. Kalau aku tahu, aku tak pegi toilet dulu haritu. Huh!
PERMULAAN SEMINAR
Dan lebih tak sangka lagi, aku terjumpa kawan lama dalam seminar tu! Setakat ni dah 2 orang kawan sekolah aku terjumpa balik dalam bisnes ni. Memang happy la! Ok le, setakat ni dulu aku update. Besok2 update lagi! Tata...


DREAM BIG- WHEN U CAN DREAM IT, U BECOME IT!
TERSEREMPAK KAWAN LAMA- DGN OCHEEN:)

NYAM NYAM

BON APPETITE!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... FREE URL Submission - Submit your site to dozens of top search engines for FREE. No strings attached!