Sunday 17 June 2012

a long one day weekend

hari ni merupakan hari yang bahagia buat aku. eh.. jap, hari ni ke? sekarang dah pukul 1 pagi on the 18th june so hari yang membahagiakan tu sebenarnya adalah semalam la, 17th june. kenapa membahagiakan?

sebab.... malam sebelumnya aku tido lambat sbb tengok tv... pastu lepas subuh aku dapat tido balik sampai kul 10am. dah kenyang sarapan, aku baca komik Doraemon tentang Dunia Robot sampai la aku tertido lagi. bangun tido kul 3pm, aku mandi hot shower, solat zuhur jap. gedebak gedebuk sidai kain, minum petang, tgk tv, sambung baca komik Doraemon sampai habis, pastu mandi lagi.... lepas solat maghrib lak, aku dgn adik and my stepmom pegi jalan2 kat OUG mall. kat parkson grand, aku beli kasut sepasang dengan voucher parkson yang aku redeem dr bonus link (best juga ada bonus link ni ek?)

namun begitu... (eh eh, macam karangan bahasa melayu pulak) aku dikejutkan dgn kabar dari pakcik ali dan cik lela (couple yang jaga adik aku Danial kat kuala selangor) bahawasanya (eh.. eh.. macam hadis la pulak) adik aku demam panas yang amat sangat, severe headache, hilang selera makan, and ada aura nak seizure lagi. aku minta tolong diorang bawa gi klinik sebab masa tu aku masih kat KL lagi. dari klinik tersebut, doktornya cakap kena refer adik aku gi hospital klang (tempat aku kerja). sebabnya aku tak sure, tapi kalau aku jadi dia, aku akan amik darah adik aku dulu tgk dia demam sebab apa? viral ke, bacterial ke? ke ada penyebab lain? anyway, dipendekkan cerita, adik aku pun sampai la kat hospital klang ni. aku memang dah siap siaga tunggu kat kecemasan tu. lepas cek darah, turns out dia ada bacterial infection. ok lah, yg penting bukan denggi.. kalau denggi ni, aku risau sikit. kawan aku kat ED ada offer, kalau la aku risau adik aku seizure, boleh je admit. tapi bila aku fikir2, setakat admit sebab risau seizure macam tak make sense lak. dah la ward tu penuh. lain lah kalau mmg dia ada seizure mmg la perlu masuk ward. so i said, never mind.. tak payah admit. kalau memang ada seizure, i'll bring him back to the hospital.

so malam ni ada la danial kat rumah aku ni. ada la juga kawan aku malam ni. kesian juga, dia muntah 2 kali tadi. nak makan pun takde selera. tapi dia dapat MC sampai hari selasa ni. jadi lah.. at least for 2 days ni, biarla dia rehat kat rumah aku. boleh aku monitor dia makan ubat ke tak. walaupun dia selalu kata dah makan ubat, aku rasa dia kelentong aku. kalau betul dia makan ubat, takkan la masih ada seizure minggu lepas? aku rasa dia memang nak attention. selama cuti sekolah haritu dia tinggal dengan aku, takde lak dia kena seizure (hari2 aku make sure dia makan ubat depan mata aku) tapi kat kuala selangor, kerap juga kena seizure. aku takleh salah kan cik lela or pakcik ali kalau danial tak makan ubat. dia dah besar, patutnya kena la bertanggungjawab atas kesihatan diri sendiri. tapi tu la... budak tu ada epilepsy dan Asperger syndrome juga. so memang perangai dia macam budah sekolah rendah walaupun dah tingkatan 4. tadi makan ubat pun, nak aku suapkan. manja nak mamposs.... takpe.. disebabkan dia sakit, boleh la aku manjakan dia sikit. huhuhu...

aih la nasib badan... kesian adik aku ni... aku cuma harap satu hari nanti kalau dia dapat jaga diri dia sendiri pun dah cukup baik. because i won't be around forever. sekarang pun aku dah start fikir macamane nak bentuk masa depan dia ni... bukannya kehendak dia ada macam2 penyakit. tapi tu la.... setiap insan yg lahir kat mukabumi ni pasti Allah dah tentukan rezeki masing2. kadang2 aku selalu fikir, does it mean we don't need to make effort then since everything has already been decided by Him? tapi Dia kan takkan mensia2kan usaha hambaNya.... kalau ada usaha, pasti Allah beri ganjaran (nak menyedapkan hati sendiri)..

17 june memang merupakan hari yang panjang bagi aku. hari ni aku keje malam, tapi kul 4pm dah kena masuk keje. aku harap masa aku keje, Danial baik2 je la kat rumah.... oklah.. aku nak tido. pagi ni ada beberapa benda aku nak buat. nak settlekan pegi bank, make few phone calls and settlekan pasal rumah aku ni. macam2 hal la..

good night world... sleep tight (^_^)v

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... FREE URL Submission - Submit your site to dozens of top search engines for FREE. No strings attached!